Hamilton yang berasal da­­ri Britain, negara di mana banyak melahirkan pelumba cemerlang berkata dalam te­le­visyen tempatan BBC pada majlis Anugerah Personaliti Tahunan, Ahad lalu bahawa adalah menjadi impiannya dan keluarga untuk keluar dari kawasan setinggan.

Komen Hamilton itu dilakukan dalam satu temubual dan ia menyinggung perasaan penduduk Stevenage, sehingga mencetuskan kecaman di media sosial.

Bagaimanapun, Hamilton yang se-ring bercakap mengenai perjalanannya dari latar belakang kurang bernasib baik sehingga ber­ada di kemuncak kariernya, memohon maaf menerusi Ins­tagram, hari ini sambil menegaskan dia telah membuat kesilapan.

Pelumba berusia 33 tahun itu, yang juga pelumba ketiga meraih lima gelaran dunia memberi­tahu, dia berasa amat bangga dengan tempat asalnya di mana dia dilahir dan dibesarkan.

“Tiada seorangpun yang sempurna dan saya juga sering membuat kesila­pan, terutama ketika anda berada di de­pan orang ramai dan cuba mencari perkataan sesuai dengan cepat bagi menggambarkan perjalanan hidup anda.

“Saya tersalah menggunakan perkataan. Kepada sesiapa yang mengenali saya, mereka tahu bahawa saya sentiasa mencintai kampung halaman saya,” ujar Hamilton.– REUTERS