Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Grand Prix F1 Itali: Hamilton rampas kedudukan pendahulu

LEWIS HAMILTON (kanan) meraikan kemenangannya sambil diperhatikan
LEWIS HAMILTON (kanan) meraikan kemenangannya sambil diperhatikan rakan sepasukan Valtteri Bottas di atas podium selepas tamat perlumbaan Grand Prix Itali di Monza hari ini. - AFP

MONZA 3 Sept. – Lewis Hamilton merampas kedudukan teratas daripada Sebastian Vettel selepas pelumba dari Britain itu memenangi perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Itali hari ini.

Pelumba Mercedes itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa satu jam, 15 minit dan 32.312 saat, lima saat lebih awal daripada rakan sepasukannya Valtteri Bottas manakala Vettel yang menggunakan jentera Ferrari berada di tempat ketiga.

Kemenangan itu membolehkan Hamilton mengumpul 238 mata, tiga mata di depan Vettel dengan berbaki tujuh perlumbaan pada musim ini.

Vettel, yang sebelum ini mendahului kedudukan teratas sepanjang musim, bergelut dalam perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca hujan itu sekali gus tidak dapat mengikuti rentak Mercedes, tambahan pula litar tersebut menampilkan reka bentuk laluan lurus.

Sebaik sahaja keluar dari jenteranya, Hamilton menyapa Bottas sebelum meraikan kejayaannya bersama pasukan Mercedes dan walaupun menerima sorakan daripada peminat namun pelumba berusia 32 tahun itu menerima ejekan apabila sebahagian besar peminat Ferrari mengangkat kad merah di atas litar.

“Anda tahu tak? Saya sukakan Itali dan saya sangat suka semangat peminat Ferrari. Kami tidak melihat semangat ini di tempat lain, mungkin di Silverstone.

“Sudah tentu kuasa Mercedes lebih baik daripada kuasa Ferrari. Semuanya berjalan dengan baik pada minggu ini,” kata Hamilton. – AP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain