Namun, dia berharap perkara seperti itu tidak akan berlaku.

Bercakap kepada wartawan ketika majlis makan tengah hari pra-Krismas pasukan Itali itu di Maranello, Ketua Pegawai Eksekutif Fiat Chrysler itu berkata, ancamannya sebelum ini yang mahu mengeluarkan Ferrari daripada sukan berkenaan selepas 2020 tidak boleh diambil ringan.

Kebanyakan pasukan F1 mempunyai kontrak yang tamat pada penghujung 2020 dan Marchionne berkata, Ferrari mungkin akan mengundurkan diri.

“Saya fikir Ferrari mempunyai kekuatan untuk mengheret pasukan lain dan mewujudkan kejuaraan alternatif,” katanya. - Reuters