Pemandu Ferrari itu mencatat pusingan terpantas satu minit, 20.960 saat di Litar Catalunya, malah meninggalkan Hamilton dengan kelebihan 0.023s dengan hanya menggunakan tayar yang lebih perlahan untuk mendapatkan daya tahan lebih lama.

Prestasi hebat pemandu Finland itu hadir selepas rakan sepasukannya Sebastian Vettel mencatat masa kedua terpantas di belakang Hamilton pada hari pertama sesi ujian semalam.

Catatan masa sepusingan terus menunjukkan peningkatan selepas pasukan melakukan beberapa ujian terhadap kereta mereka sejak peraturan baharu diper­kenalkan dengan misi utama adalah menguatkan cengkaman serta meningkatkan kelajuan.

Hamilton bagaimanapun membayangkan jentera Mercedes yang dipandunya belum menunjukkan keupayaan sebenar dan bersedia untuk menunjukkan ‘kuasa’ dalam tempoh beberapa hari ini. “Pusingan saya sangat cepat dan kemas.

“Namun, kami tidak meng­­eks­ploi­tasi potensi kereta sepenuh­nya,” katanya. – AGENSI