"Terlalu banyak perkara baru berlaku. Daripada perubahan aerodinamik sehingga tayar dan sistem KERS. Kita bercakap mengenai menjimatkan wang, tetapi setiap tahun peraturan sering bertukar. Orang ramai tidak faham dan ini menjadikan perlumbaan ini kurang menarik,'' kata pemandu berumur 36 tahun itu di akhbar Gazzetta Sportiva.

Pasukan Lotus akan berlumba di bawah nama baru iaitu Lotus Renault pada musim ini. Ramai bekas pelumba menggesa pasukan itu menggunakan warna hitam dan emas di bahagian keretanya, berbanding menggunakan warna hijau.

"Mana satu sebenarnya yang betul. Kami tidak tahu, ia memalukan, luar biasa,'' kata Trulli, yang menambah pasukannya masih belum mempunyai tarikh pelancaran kereta kerana ramai pekerja masih bercuti.

Jentera kereta Lotus dijangka bersedia untuk diuji pada permulaan Februari dan Trulli, yang menginap di Davos, Switzerland, merancang untuk menyertai perlumbaan Nascar pada masa hadapan, berazam untuk tidak menamatkan perlumbaan tanpa sebarang mata sekali lagi pada musim ini bersama rakan sepasukan, Heikki Kovalainen.

''Satu tahun tidak mengapa, setahun lagi tidak. Apabila saya memulakan cabaran dalam Formula Satu, semua pasukan cuba mendapatkan pelumba terbaik untuk menang.

"Namun bajet setiap pasukan bergantung kepada penajaan yang dibawa oleh pemandu terbabit, '' katanya. - Reuters