Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bottas juara GP Austria

SPIELBERG, Austria 9 Julai – Valtteri Bottas muncul juara di Grand Prix Formula Satu (F1) Austria manakala Sebastian Vettel meraih kedudukan kedua dengan perbezaan 0.6s sekali gus melebarkan jurang kepada 20 mata mengatasi Lewis Hamilton selepas sembilan perlumbaan.

Valtteri Bottas
Valtteri Bottas

Hamilton yang juga rakan sepasukan Bot­tas memulakan per­lumbaan di grid ke­­­lapan selepas dikenakan pe­­nal­ti ke­rana me­nu­kar kotak gear tanpa me­ngikut jadual sekadar me­­namatkan sa­ingan di kedudukan keempat.

Vettel kekal selaku pendahulu kejuaraan dunia dengan mengumpul 171 mata manakala Hamilton meraih 151 mata dan Bottas di kedudukan ketiga dengan 136 mata. Pelumba Australia, Daniel Ricciardo menamatkan saingan di ke­dudukan ketiga buat pa­sukan Red Bull.

Kejayaan merangkul ke­menangan selepas memulakan perlumbaan dari petak pertama adalah yang kedua buat Bottas musim ini selepas menyertai Mercedes, Januari lalu bagi menggantikan juara dunia 2016, Nico Rosberg.

“Saya mengalami deja-vu di penghujung perlumbaan, seperti di Russia.

“Pada awal perlumbaan saya berjaya mengawal ke­semuanya tetapi keadaan menjadi semakin sukar di penghujungnya,” kata Bottas merujuk kepada kejayaan pertamanya musim ini di Sochi, April lalu. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain