Pemandu Mercedes dari Bri­tain itu juga menegaskan, berjaya merangkul kejuaraan dunia kelima akan menjadi detik paling membanggakan dalam karier­nya, dan dia bersedia merealisasikan impian tersebut di Mexico.

Hamilton, 33, hanya perlu menamatkan perlumbaan Ahad ini di tangga ketujuh untuk mengetepikan Sebastian Vettel dari Ferrari.

“Merangkul kejuaraan sentiasa menjadi sasaran utama saya.

“Saya masih ingat ketika kali pertama muncul juara (2008), ia sangat hebat. Beberapa bekas juara beritahu saya, hendak memenangi kejuaraan kedua lebih sukar daripada yang pertama dan saya akui, ia memang sukar.

“Sekalipun anda berjaya memperbaiki jentera, persaingan juga semakin mening­kat serta kompetitif. Namun, tahun ini antara musim paling menyeronokkan buat saya.

“Jika saya memenangi kejua­raan dunia kelima di sini, ia adalah detik paling membanggakan.

“Ya, saya semakin tua tetapi perkara seperti ini memang se­ring berlaku. Apabila anda semakin tua, anda lebih bersemangat. Saya percaya, banyak lagi yang boleh saya raih dalam sukan ini,” kata Hamilton. – AGENSI