Pelumba berusia 37 tahun ini membuat pengumuman itu hari ini selepas bergelumang selama 17 musim dengan jentera F1. Sepanjang tempoh tersebut, dia berjaya memenangi 32 perlumbaan.

Apa yang mendorongnya berbuat demikian adalah disebabkan kerana kecewa gagal bangkit mencipta nama semula bersama McLaren. Sebelum ini bersama Renault, Alonso pernah muncul pelumba termuda meraih juara dunia pada 2005.

“Saya telah lihat banyak perubahan. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi tahun ini ketika masih memandu di tahap terbaik, ketika itulah saya teringat untuk membuat keputusan ini,” katanya.

Selepas mencipta nama pada awal karier di Renault, Alonso berhijrah ke McLaren pada 2007 tetapi kemudiannya disambar Ferrari pada 2011. Empat tahun di Ferrari dia berjaya muncul naib juara dunia sebanyak tiga kali sebelum kembali ke McLaren pada 2015. - AFP