Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, kerjasama itu akan membolehkan peminat menyaksikan kesemua perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia bukan sahaja secara langsung tetapi juga percuma.

"Saluran Football Malaysia di iflix akan memberikan akses kepada lebih 20 juta pemilik telefon pintar di Malaysia.

"Kesemua 132 perlawanan Liga Super, 64 perlawanan Piala Malaysia selain perlawanan terpilih melibatkan Liga Perdana dan Piala FA akan disiarkan secara langsung," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Thistle di sini sebentar tadi.

Menerusi kerjasama itu, iflix akan membelanjakan sebanyak RM300 juta bagi tempoh 10 tahun untuk merealisasikan impian menjadikan sukan bola sepak milik semua. - UTUSAN ONLINE