KUALA LUMPUR 18 Ogos - Lebih 5,000 menyertai Larian BizRun 2018 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Padang Merbok di sini hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, program larian yang bermula pukul 7.30 pagi itu bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja sektor kerajaan dan swasta.

“SSM BizRun 2018 turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records apabila mendapat penyertaan 740 syarikat dalam satu acara.
“Ia juga merupakan satu program amal di mana sebahagian kutipan yuran penyertaan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab. - UTUSAN ONLINE