Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, keputusan melantik dua bekas atlet negara ini merupakan satu kelainan berbanding kebiasaannya tugas tersebut digalas oleh pegawai atasan.

"Perubahan ini merupakan pendekatan baharu dalam sukan di negeri ini dengan menampilkan tokoh sukan yang berasal dari Perak," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco, di sini hari ini.

Kum Zee merupakan bekas atlet lompat tinggi negara manakala Josephine Mary, pelari 400 dan 800 meter negara yang bertanding di Sukan Olimpik Seoul 1988 dan menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan empat kali berturut-turut sejak tahun 1988. - UTUSAN ONLINE