Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadli Mohammad berkata, kesemua hutang mencecah jutaan ringgit itu akan dilunaskan secara beperingkat pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan penelitian dan membuat jadual pembayaran bagi memastikan kesemua hutang itu dilangsaikan mengikut pelan yang telah ditetapkan.

"Jumlah hutang Kafa ke atas setiap pemain berbeza. Ada yang besar, ada yang kecil.

"Kita telah menghubungi pemain terlibat untuk berbincang berbincang mengenai tuntutan tersebut," katanya.

Fadli memberitahu, sebagai permulaan KRW Sdn. Bhd. telah melunaskan tunggakan hutang membabitkan barisan pemain import Kelantan sebelum ini.

Utusan Malaysia difahamkan, hutang lapuk Kafa mencecah RM3.5 juta sejak empat tahun lalu. - UTUSAN ONLINE.