Presiden Rusia, Vladimir Putin pula menegaskan ‘Semua tanggapan tentang Rusia sudah musnah’ sebaik sahaja pasukan itu mara ke suku akhir pertama sejak 1970.

Jurulatih, Stanislav Cherchesov percaya, keyakinan pasukannya untuk menewaskan Croatia dalam suku akhir ‘setinggi langit’.

“Kami tahu semuanya tidak mustahil.

“Sebelum Piala Dunia bermula lagi, kami tahu kami ada peluang ke final biarpun ramai menganggap Rusia pasukan paling lemah,” kata Golovin.

Rusia yang menghuni ranking ke-70 dunia tidak pernah menang dalam lapan perlawanan sebelum Piala Dunia, namun meledak lapan gol ketika menewaskan Arab Saudi dalam Mesir pada dua aksi pertama kumpulan.

Kekalahan 0-3 kepada Uruguay dalam aksi terakhir Kumpulan A mengembalikan negara itu kepada realiti, namun kejutan ke atas Sepanyol menerusi penentuan penalti membawa skuad Sbornaya ke suku akhir.

Biarpun rakyat Rusia mengharapkan sejarah tercipta, tetapi tidak ramai yang yakin negara itu akan muncul juara.

Dalam pungutan suara yang dijalankan semalam, hanya 17 peratus percaya Rusia akan memenangi kejohanan, manakala selebihnya hanya mahu menikmati perlawanan tanpa meletakkan harapan.

“Ramai pemain Croatia beraksi bersama kelab terbaik dunia, jadi mereka pasukan yang hebat.

“Namun kami juga melakukan persiapan dan keyakinan pemain ketika ini setinggi langit,” kata Cherchesov. – AGENSI