Dalam masa sama Kempes turut mengakui laporan bahawa badan induk bola sepak negara itu sedang mempertimbangkan beberapa calon untuk jawatan jurulatih pasukan berkenaan termasuk pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Media tempatan Argentina, Clarin melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mahu memecat Sampaoli selepas aksi kurang meyakinkan La Albiceleste sepanjang kempen Piala Dunia yang menyaksikan pasukan itu hanya meraih satu kemenangan dan tewas dua daripada aksi di Rusia.

Di bawah bimbingan Sampaoli, Argentina hanya mampu melangkah ke saingan 16 akhir sebelum tewas 4-3 kepada Perancis.

“Bukan mudah untuk membawa pasukan kerana anda um­pama membawa nama baik negara.

“Namun saya bersedia untuk menawarkan diri memikul tanggungjawab besar itu dengan membimbing pasukan Argentina,” kata Kempes.

Sebelum ini bukan sahaja Kempes yang menawarkan diri membimbing pasukan kebangsaan itu, Diego Maradona juga baru-baru ini mengumumkan untuk kembali menjadi jurulatih secara percuma buat La Albiceleste.

Ketika ini media tempatan Argentina melaporkan terdapat lima calon berada dalam senarai pendek AFA iaitu jurulatih River Plate, Marcelo Gallardo, Diego Simeone (Atletico Madrid), Ricardo Gareca , Mauricio Pochettino (Tottenham) dan Pep Guardiola (Manchester City). – AGENSI