Badan induk bola sepak dunia itu telah menghantar kepada AFP kenyataannya yang berkaitan polisi, yang katanya diedarkan kepada pembekal rakaman TV sebelum kejohanan bermula.

Ini berikutan timbul persoalan mengenai gambar peminat wanita yang menyaksikan perlawanan sepanjang kejohanan di Rusia.

“Kami mahu liputan (TV) dapat mengelak daripada merakamkan gambar jarak dekat secara keterlaluan mahupun berpanjangan yang boleh menimbulkan persoalan mengenai konotasi seksual atau bias gender,” kata seorang jurucakap FIFA. – AFP