Pemain berusia 29 tahun itu, yang dilahirkan di Zenica iaitu sebuah bandar di Bosnia, menyifatkan perjalanan ke perlawanan akhir merupakan sesuatu yang istimewa dalam hidupnya, sekali gus mahu pengkritiknya menelan semula kata-kata mereka.

“Ini sesuatu yang istimewa bagi saya. Pada pandangan saya, ramai orang bercakap bahawa saya mengharungi musim sukar namun saya tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh mereka.

“Sebelum ini saya telah berkhidmat untuk membantu Liverpool ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan sekarang saya berada dalam final dengan skuad kebangsaan pula.

“Saya fikir mereka perlu tahu bahawa saya merupakan pemain pertahanan terbaik di dunia dan saya tidak bercakap sembarangan.

“Ini sesuatu yang sukar dilupakan. Rakyat yang menitiskan air mata demi negara tercinta.

“Sesuatu yang bersejarah bagi kami. Kami tidak akan sesekali melupakannya. Kami mengatasi rekod 20 tahun lalu dan kami sedia menggalas tugas berat ini.

“Apa yang boleh saya katakan, rakyat Croatia kini pasti tidak mahu melupakan kami,” kata Lovren kepada 
beIN Sports. – AGENSI