Dia percaya pasukan negara akan terus cemerlang berdasarkan persembahan dalam Sukan SEA Ke-29 apabila dia sendiri berjaya meraih satu emas dan dua perak.

Persembahan mantap negara itu turut dibuktikan apabila pasukan recurve wanita merangkul emas setelah hampir 12 tahun tidak berjaya me­lakukannya.

“Walaupun sekadar mendapat perak hari ini, tetapi sekurang-kurangnya berjaya mara ke pe­ringkat akhir. Malah banyak kategori kita berjaya ke peringkat akhir cuma tidak berjaya mendapat emas,” katanya.

Dalam aksi akhir recurve berpasukan campuran yang dilangsungkan di padang memanah Majlis Sukan Negara (MSN), Khairul Anuar yang berpasangan dengan Nur Aliya Ghapar tewas kepada gandingan Indonesia dengan kiraan mata 6-2.