Pengerusi Kelab Jubli Tomoi, Nooerman Shamsuddin berkata, lokasi kejohanan terpaksa diubah memandangkan penyenggaraan pasca Sukan Malaysia (Sukma) di Perak baru-baru ini masih belum selesai.

“Kami selaku penganjur memohon maaf atas perubahan tersebut. Kejohanan juga ditukar waktunya dari pukul 2 petang hingga 12.30 tengah malam.

“Sebelum ini waktu yang ditetapkan adalah pukul 8 hingga 12.30 malam di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak. Kita juga amat berbesar hati kerana Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu turut menjadi penaung kejohanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, selain peserta dari Kelab Jubli Tomoi dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), negara-negara lain yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Thailand, Kemboja, Taiwan, Great Britain, Perancis dan Jepun.

Sebarang tempahan tiket boleh hubungi Shuhairul Fahmi di talian 018-2213022 atau Saiful Hanif 014-9499678. - UTUSAN ONLINE