Keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga IPC di London selepas mendapati Malaysia gagal membenarkan penyertaan atlet dari negara Israel untuk menyertai kejohanan yang menjadi medan kelayakan buat Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Presiden IPC, Andrew Parsons berkata, kejohanan itu sepatutnya berlangsung secara terbuka buat semua negara dan atlet tanpa sebarang diskriminasi.

“Apabila negara tuan rumah menidakkan hak penyertaan daripada sesuatu negara atas alasan politik bermakna kami harus mencari tuan rumah baharu bagi menganjurkan kejohanan berkenaan,” kata Parsons. - AGENSI