Dalam aksi Piala Sumbangsih tersebut, UniKL tewas kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) di Stadium Hoki Batu Buruk, Terengganu menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sewaktu perlawanan penuh.

Kata Govers dari Australia, dia tetap percaya UniKL mempunyai aura juara bagi meraih kecemerlangan dalam kempen Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019).

“Kami memperoleh peluang lewat permainan dan secara keseluruhan saya percaya pasukan sudah memberikan aksi terbaik.

“Sudah tentu ia satu pengalaman manis jika dapat memena­ngi Piala Sumbangsih tetapi apa pun kami tetap berjaya mengutip satu mata selepas seri 2-2 pada masa penuh.

“Tiba masanya untuk melupakan semua ini dan fokus bagi baki saingan liga selepas ini,” kata Govers.

Govers yang memenangi Trofi Juara-Juara bersama Australia pada 2010 dan 2012, Piala Dunia 2010 dan 2014 serta pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 akan bergandingan dengan beberapa bintang dunia lain bersama UniKL musim ini.