Jurulatih THT, I. Vickneswa­ran berkata, dia lebih selesa pasukannya bertindak sebagai pengacau pasukan lain, se­lain fokus untuk melakukan yang terbaik sepanjang kempen 2019.

“Ketika ini saya lihat pilihan utama adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kerana mereka mempunyai barisan pemain yang bagus. Biarpun tidak sehebat UniKL, ia tidak menghalang kami untuk menyekat peluang pasukan lain meraih gelaran,” kata Vickneswa­ran.

THT akan mendapatkan khidmat enam pemain import iaitu Daniel Kyriakides (Great Britain), Pablo Xavier Travisan dan Gonzalo Merino (Argentina), Jung Man Jae dan Jang Jong Hyun (Korea Selatan) serta Ahmad Shakeel Butt (Pakistan).

Dalam pada itu, THT juga akan diperkuatkan dengan empat pemain skuad Malaysian Tigers iaitu Nabil Fiqri Mohammad Noor, Fitri Saari, Faizal Saari dan Azri Hassan.