Mohamad Zulhamizan Awang Abas membuka jaringan untuk Maybank pada minit pertama, sebelum THT menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Muhammad Sufi Ismat.


Seminit sebelum suku pertama tamat, Hafifihafiz Hanafi meletakkan semula Maybank di depan, namun THT kembali mengikat pada minit ke-24 menerusi pemain import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun.


Maybank bagaimanapun berada di depan kembali hasil jaringan Muhamad Nazrey Din pada minit ke-43, namun Jang Jonghyun sekali lagi mengikat Maybank lima minit kemudian.

Pemain import tersebut muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan beberapa saat sebelum wisel penamat dibunyikan.- UTUSAN ONLINE