Pengumuman tersebut dibuat Walsh dalam satu sidang akhbar di pejabat MHC, Bukit Jalil hari ini.

“Sepanjang bersama MHC saya amat gembira bekerjasama dalam masa sama berterima kasih kepada Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal kerana sentiasa memberikan sokongan positif kepada saya.

“Saya akan teruskan kerja-kerja akhir bersama MHC dan pasukan hoki kebangsaan sehingga penghujung Mac ini,” kata Walsh.

Walsh dilantik mengalas tugas Pengarah Teknikal pada 2015 dengan tugasan utama menyusun semula sistem yang ada termasuk kejurulatihan, serta pasukan lelaki dan wanita. - UTUSAN ONLINE