Lebih menarik sesi latihan itu juga mendapat bantuan daripada jurulatih berpengalaman, Muhammad Dharma Raj Abdullah yang sudi meluangkan masa selama dua jam bersama pasukan berkenaan di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Lembah Pantai, di sini, semalam.

Teknik pukulan asas dan beberapa ilmu cara permainan sebenar hoki juga dikongsi oleh jurulatih skuad wanita negara itu.

Kapten pasukan editorial Utusan Malaysia, Zainu’l Azhar Ash’ari berkata, ini adalah salah satu langkah awal persiapan pasukan berkenaan sebelum berdepan sebarang perlawanan persahabatan serta kejohanan tahun depan.

“Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak perlawanan pada tahun depan namun sebelum itu kami memerlukan latihan yang lebih baik bagi menjadikan pasukan ini menjadi lebih hebat.

“Dalam masa sama juga, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak dalam mempersiapkan pasukan termasuk Muhammad Dharma.

“Diharap selepas ini ada lebih banyak pihak yang dapat membantu kami menjayakan usaha menyemarakkan sukan hoki dalam kalangan petugas media,” katanya.