Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MHC mahu kekalkan Walsh

TERRY WALSH 2
TERRY WALSH

KUALA LUMPUR 14 Julai – Hasil kerja dan prestasi yang memuaskan dipamer oleh Terry Walsh membuatkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bersedia untuk menyambung kontrak pengarah teknikal mereka itu hingga 2020.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pihak­nya kini perlu meneliti semula laporan berkaitan tugas Walsh itu dan dalam masa sama memberi bayangan barisan kejurulatihan yang lain turut dikekalkan.

Bayangan awal itu menjawab segala teka-teki berhubung masa depan Walsh bersama MHC yang kontraknya akan tamat pada Disember 2018.

“Sebagai Presiden MHC dan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan saya yang akan memutuskan siapa yang layak bersama saya... bukan saja Walsh tetapi semua yang lain juga berkemungkinan dikekalkan.

“Bagaimanapun saya perlu melihat dahulu laporan sebelum mempertimbangkannya dan selepas itu saya akan maklumkan nanti,” katanya.

Walsh menggalas jawatan Pengarah Teknikal MHC pada Ogos 2015 dan sejak bekas jurulatih skuad kebangsaan itu bersama skuad kebangsaan pelbagai perubahan dilakukan termasuk memeterai persefahaman selama lima tahun bersama Hoki Australia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain