Bagi skuad hoki wanita, seri dalam aksi tersebut adalah satu peningkatan positif terutama selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan terdahulu menentang lawan sama dengan keputusan 0-3 dan 0-5.

Dalam perlawanan persahatan ketiga hari ini menyaksikan skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang menghuni ranking 22 dunia bermula perlahan apabila membenarkan India mendapatkan dua jaringan awal menerusi Navjot Kaur dan Navneet Kaur pada minit ke-13 serta 22.

Bagaimanapun Malaysian Tigress berjaya bangkit menjaringkan empat gol untuk mendahului 4-2 menerusi dua jaringan Nuraini Abdul Rashid pada minit ke-27 dan 38 serta masing-masing satu daripada Kirandeep Kaur Gurdip Singh pada minit ke-26 dan Nuramirah Syakirah Zulkifli pada minit ke-35.

Impian Malaysian Tigress untuk meraih kemenangan pertama ke atas India tidak kesampaian apabila lawan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Navneet dan Lalremsiami pada minit ke-45 serta 54.

Selepas ini skuad hoki wanita negara akan meneruskan baki dua perlawanan persahabatan menentang India pada Rabu dan Khamis ini.- UTUSAN ONLINE