Ketujuh-tujuh gol masing-masing dijaringkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-12 dan 19, Faizal Saari (m-17, 31 dan 41), Shahril Saabah (m-31) dan Ramadan Rosli (m-60), manakala China sekadar menyumbat gol saguhati menerusi E Wenhui (m-56).

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu biarpun telah layak ke Piala Dunia di India, tahun depan, namun tetap enggan mengambil mudah kejohanan ini.

Skuad kebangsaan turun pada dengan misi memburu gelaran juara Piala Asia buat kali pertama, sekali gus mampu menyuntik motivasi bagi menghadapi Piala Dunia nanti.- UTUSAN ONLINE