Ketua pasukan negara Haziq Samsul membuatkan penyokong di Stadium Hoki Taman Daya bersorak apabila menyempurnakan pukulan penalti pada minit keempat.

Anak buah Carl Dalton tidak menunggu lama apabila gerakan Will Gilmour untuk menyamakan kedudukan pada minit kesembilan dan memperoleh gol kedua menerusi Joshua Bretherton pada minit ke-18.

Pada separuh masa kedua, anak buah Mirnawan Nawawi berusaha mencari gol penyamaan namun gagal memanfaatkan beberapa peluang termasuk pukulan sudut penalti.

Sementara itu, Britain membelasah Pakistan 5-0 dalam perlawanan yang terpaksa dihentikan setengah jam kerana hujan manakala juara bertahan India menundukkan New Zealand 2-1.