Selain Malaysia, negara lain yang menunjukkan minat membida hak penganjuran Piala Dunia lelaki itu ialah Jerman, Sepanyol dan India.

Malaysia, Jerman dan Sepanyol memilih 1 hingga 17 Julai 2022 sebagai tarikh penganjuran Piala Dunia 2022 manakala India memilih 13 hingga 29 Januari 2023.

Proses penilaian bermula serta merta sebelum Lembaga Eksekutif FIH membuat keputusan sama ada Malaysia mendapat hak penganjuran Piala Dunia 2022 pada Jun depan. - UTUSAN ONLINE