Daripada senarai 18 pemain tersebut, Oltmanh menyenaraikan empat nama yang baru pulih daripada kecederaan iaitu Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Muhammad Shahril Saabah dan penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman.

Kata Oltman, kesemua pemain yang dipilih adalah dalam kalangan terbaik, malah percaya mereka mampu membuktikan keupayaan masing-masing sewaktu kempen minggu depan.

“Saya memilih pemain yang saya yakin mempunyai keupayaan terbaik merealisasikan sasaran kami iaitu melangkah ke perlawanan kelayakan terakhir hujung tahun nanti dengan memastikan pasukan menamatkan kejohanan di kedudukan dua terbaik.

“Sudah semestinya kejuaraan menjadi matlamat kami tetapi apabila perlawanan bermula, kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan.

“Dalam masa yang sama saya mempunyai keyakinan yang cukup tinggi terhadap barisan pemain yang telah saya pilih di mana saya percaya mereka akan selesaikan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya.

Malaysia akan bertemu Wales dalam aksi persahabatan pada Selasa 23 April ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebagai aksi pemanas badan sebelum turun untuk aksi sebenar pada 26 April bertemu Brazil dalam aksi Kumpulan B. - UTUSAN ONLINE

SENARAI 18 PEMAIN SIRI AKHIR FIH 2019

--------------------------------------

PENJAGA GOL: Hairi Abd. Rahman, Hafizuddin Othman

PERTAHANAN: Sukri Abdul Mutalib, Razie Abd. Rahim, Faiz Helmi Jali, Najmi Farizal Jazlan, Syed Mohd. Syafiq Syed Cholan

TENGAH: Marhan Mohd. Jalil, Nik Muhd. Aiman Nik Rozemi, Meor Muhamad Azuan Hassan, Fitri Saari, Ashran Hamsani

SERANGAN: Azrai Aizad Abu Kamal, Nor Syafiq Sumantri, Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Firhan Ashari, Faizal Saari