Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Liga Hoki Dunia: Malaysia belasah Fiji 11-1

SHAHRIL SAABAH
SHAHRIL SAABAH

KUALA LUMPUR 7 Mac – Skuad hoki negara melangkah ke saingan suku akhir selaku juara Kumpulan A Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua (WHLR2) selepas berpesta gol menewaskan Fiji 11-1 di Dhaka, Bangladesh hari ini.

Ini adalah kemenangan terbesar skuad hoki negara dalam kempen WHLR2 dan status sebagai juara Kumpulan A membolehkan Malaysia bertemu lawan kurang kuat dalam suku akhir Khamis ini.

Penyerang skuad negara Muhammad Shahril Saabah, yang meledak empat gol dalam perlawanan tersebut, berkata Malaysia berhak untuk meraih kemenangan besar selepas beraksi dengan baik ketika menentang Fiji.

“Sebelas gol yang diraih dalam perlawanan hari ini adalah hasil usaha semua bahagian.

“Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki terutama melibatkan pukulan sudut penalti kerana padang di sini agak tebal dan berat, kami perlu menonton semula video untuk menambah baik perlawanan selepas ini,” katanya.

Gol-gol Muhammad Shahril dihasilkan pada minit kedua, 12, 23 dan 59 manakala baki tujuh gol lagi dijaringkan oleh Fitri Saari (minit 11, 55, 58), Muhammad Rashid Baharom (minit 3, 22), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit 10) dan Muhammad Razie Abd. Rahim (minit 17).

Gol tunggal Fiji dijaringkan oleh Edwards Jerome pada minit ke-29.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain