Lebih memberi kesan kepada peminat hoki tanah air apabila belum ada sebarang gelaran diraih Malaysia sepanjang di bawah bim­bingan ketua jurulatih Roelant ­Oltmans sejak Oktober lalu.

Sejak membimbing skuad ke­bangsaan pada Oktober lalu, Oltmans gagal membawa pasukan berada dalam kelompok 10 terbaik sewaktu kempen Piala Dunia 2018 sebelum turut tidak berjaya ke akhir Piala Sultan Azlan Shah 2019 pada Mac lalu dan hari ini kecundang di pentas akhir.

Kini Malaysia harus menunggu undian untuk aksi pusingan akhir Kelayakan Sukan Olimpik 2020 yang di jadual berlangsung pada awal November ini.

Difahamkan terdapat empat ba­lang A, B, C dan D akan disediakan untuk proses undian aksi Kelayakan Sukan Olimpik 2020 berkenaan.

Malaysia dijangka berada di balang C dan bakal bertemu lawan daripada balang B yang mempunyai ranking lebih baik daripada skuad kebangsaan.

Sementara itu, dalam perlawanan akhir yang diturut diha­diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Malaysia jaringan Malaysia disempurnakan oleh Firhan Ashari seawal minit kelapan dan Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke-53 permainan.

Kemampuan Oltmans kini diragui