Great Britain membuka tirai jaringan menerusi gol padang Daniel West pada minit ke-6, sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Ishak yang menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-11.

Serangan bertali arus Great Britain membuahkan hasil dengan empat tambahan gol menerusi gol padang James Oates pada minit ke-13, Duncan Scott (minit ke-26), Thomas Russell (minit ke-39) dan Cameron Golden (minit ke-45).

Sementara itu, dalam tiga perlawanan terdahulu, Malaysia mencatat keputusan tewas dua kali manakala seri sekali.

Perlawanan pertama menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada India, perlawanan kedua tewas kepada Australia 1-6 manakala perlawanan ketiga seri 5-5 dengan New Zealand. - UTUSAN ONLINE