Ketika ini bekas pe­nyerang negara berusia 30 tahun itu sudah meledak empat gol sudah tidak sabar menunggu aksi hujung minggu di Stadium Hoki Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

“Saya bermula perlahan pada musim ini dan kini mula menemui sentuhan ja­ringan dalam empat perlawanan terakhir.

“Kini saya benar-benar berada dalam bentuk fizikal terbaik dan gembira dengan prestasi semasa,” kata Izwan Firdaus.

Berdasarkan kedudukan semasa penjaring terba­nyak liga ketika ini me­nyaksikan pemain import Pasukan Hoki Terengganu, Jang Jonghyun dari Korea Selatan menghuni tangga teratas dengan 14 gol selepas sembilan perlawanan berlangsung.