Keputusan itu membuatkan skuad kendalian jurulatih Arul Selvaraj gagal untuk beraksi dalam perlawanan klasifikasi merebut tempat ketiga dan keempat.

India selesa pada babak pertama apabila mendahului 2-0 menerusi pukulan sudut penalti Harmanpreet Singh pada minit ke-25 dan ke-27.

Pasukan negara mempertingkatkan serangan sebaik separuh masa kedua dimulakan dan merapatkan kedudukan menerusi Sufi Ismat Rohulamin pada minit ke-37.

Malaysia seolah-olah mampu bangkit dengan sempurna apabila Azril Misron menyamakan kedudukan pada minit ke-42, namun Harmanpreet menjaringkan gol ketiganya menerusi sudut penalti minit ke-55 dan Varun Kumar menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-65 untuk gol keempat India.

Sementara itu, New Zealand menundukkan Pakistan 3-2 manakala Britain membelasah Australia 5-1.