India yang berada di ranking kelima dunia membuka jaringan melalui Varun Kumar pada minit kelapan, Gursahibjit Singh (minit ke-18 dan ke-56), Mandeep Singh (minit ke-34 dan ke-47) dan Sunil Sowmarpet (minit ke-60)

Harimau Malaysia yang menghuni ranking ke-12 dunia tidak dapat membolosi walaupun pun satu gol dalam aksi menentang India.

Dalam aksi lain, pasukan ranking kelapan dunia, New Zealand menewaskan tuan rumah Jepun 4-3 pada kejohanan yang disertai empat negara itu menjelang Sukan Olimpik Tokyo yang bakal membuka tirai pada 25 Julai 2020, sehari selepas upacara perasmian.

Malaysia, yang belum layak ke Olimpik, akan berdepan lawan seterusnya iaitu Jepun pada jam 5.30 petang (waktu Malaysia) esok sementara India akan berentap dengan New Zealand.

Dua pasukan teratas akan mara ke perlawanan akhir sementara dua pasukan tercorot akan bersaing bagi merebut kedudukan ketiga dan keempat.

Kejohanan tersebut adalah sebahagian daripada persiapan skuad negara di bawah jurulatih dari Belanda, Roelant Oltmans bagi pusingan akhir kelayakan pada Oktober dan November. - BERNAMA