Skuad Malaysia Tigers menang ke atas Jepun dalam aksi penentuan tempat ketiga menerusi penentuan penalti shoot-out de­ngan keputusan 3-2 selepas seri 2-2 sepanjang 60 minit perlawanan.

Kata Oltmans, prestasi pasukan tidak begitu konsisten sepanjang kejohanan berkenaan termasuk dalam saingan klasifikasi tempat ketiga berkenaan.

“Dalam perlawanan hari ini terutama ketika suku keempat perlawanan kami sepatutnya berupaya menamatkan aksi dengan kemenangan dalam masa penuh tetapi sebaliknya apabila terpaksa bermain dalam aksi penentuan pe­nalti shoot-out.

“Prestasi kami masih belum cukup konsisten sepanjang kejohanan ini, namun ada banyak perkara positif dapat dibawa bersama dan secara jujurnya ini bukan aksi terbaik kami dalam kejohanan.

“Selepas ini pemain akan berehat sehingga hujung minggu ini sebelum memulakan latihan Program Fizikal dan bermula 5 November kita akan memulakan latihan seperti biasa,” kata Oltmans.