Menurut undian Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Kumpulan A terdiri daripada pasukan No. 10 dunia, Kanada, Austria (19), dan pasukan ­ranking ke-24 dunia, Wales manakala pengganti Vanuatu, yang menarik diri akan ditentukan kemudian.

Bagaimanapun, Kanada dan China, pasukan No. 14 dunia, adalah dua negara yang dijangka memberi cabaran kepada tuan rumah, Malaysian Tigers yang berada di ranking-13 dunia.

Kejohanan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini akan berlangsung dari 26 April hingga 4 Mei ini.

Dua pasukan teratas daripada kejohanan ini akan layak ke pu­singan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November ini.

Skuad Malaysian Tigers, di bawah bimbingan Roelant Oltmans, akan membuka kempen perlawanan kumpulan dengan menentang Brazil pada 26 April, China (28 April) dan Itali pada 29 April.

Mengikut format pertandi­ngan siri final, juara kumpulan layak ke separuh akhir manakala baki dua lagi slot diisi pemenang perlawanan secara silang antara naib juara dan pasukan tempat ketiga kumpulan.

Ketua Jurulatih negara, ­Olt­mans mahu menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di laman sendiri untuk mencari tiket ke pusingan akhir.

“Kami akan melakukan persediaan terbaik, terutama apabila berada dalam kumpulan sama dengan China.

“Kita sedia maklum China te­lah menunjukkan persembahan baik dalam Piala Dunia 2018,” kata Oltmans. – BERNAMA