Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hoki lelaki mampu terbang lebih tinggi

SKUAD hoki lelaki berpotensi meraih keputusan lebih besar di peringkat 2
SKUAD hoki lelaki berpotensi meraih keputusan lebih besar di peringkat antarabangsa andai mendapat banyak pendedahan.

KUALA LUMPUR 28 Jun – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) percaya, kemasukan skuad hoki lelaki dalam Program Podium dapat meningkatkan lagi prestasi pasukan berdasarkan kepada kelebihan yang bakal dinikmati menerusi program elit itu.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal memberi jaminan, sekiranya Malaysia Tigers diberi kepercayaan, lebih banyak kejayaan mam­pu diraih di peringkat tertinggi.

Katanya, menerusi Program Podium, pemain bukan sahaja dapat menikmati pelbagai kemudahan selaku atlet elit, malah berpeluang cerah untuk me­nimba lebih banyak pendedahan antarabangsa.

“Mereka perlu diberi peluang untuk Program Podium kerana pasukan ini mampu memberikan aksi yang lebih baik.

“Masalah kami di MHC ialah, penajaan yang diberikan tidak mencukupi bagi menampung segala kos terutama daripada segi perbelanjaan pasukan ke kejohanan antarabangsa khususnya di Eropah kerana melibatkan mata wang yang tinggi.

“Jelas sekali, Program Podium akan membantu dan dapat memberi lebih banyak peluang kepada pemain untuk menimba ilmu di luar negara,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Program Podium adalah inisiatif jangka panjang yang disusun rapi bagi memastikan atlet negara mencapai kecemerlangan di pentas dunia, terma­suk Sukan Olimpik.

Sebelum ini Menteri Belia dan Su­kan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Jawatankuasa Penilaian Program Podium akan membuat pertimba­ngan selepas berakhirnya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Dalam perkembangan lain, skuad wa­nita negara mengalami kekalahan keempat berturut-turut pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussel, namun memberi tenta­ngan sengit kepada New Zealand sebelum tunduk 0-1 semalam.

Kekalahan itu meletakkan anak-anak buah Muhammad Dharmaraj Abdullah di tangga tercorot Kumpulan B tanpa sebarang kemenangan dan mereka perlu mengalahkan Scotland esok bagi mengelak daripada menutup kejohanan di kedudukan terakhir.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain