Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hoki layak sertai Program Podium

MHC berkata skuad hoki lelaki negara wajar berada dalam Program 2
MHC berkata skuad hoki lelaki negara wajar berada dalam Program Podium berdasarkan kedudukan mereka di peringkat antarabangsa.

KUALA LUMPUR 6 Julai – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) percaya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin lebih memahami peningkatan prestasi yang telah dipamerkan oleh skuad Malaysia Tigers dalam usaha menempah slot ke Piala Dunia 2018.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, semua pemain telah membuktikan keupayaan mereka di pentas antarabangsa terutama ketika kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London baru-baru ini yang amat kompetitif sekali gus sudah cukup untuk membuktikan skuad hoki lelaki negara itu perlu dipertimbangkan untuk berada dalam Program Podium.

“Bagi saya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin lebih faham kemampuan hoki negara kerana mengikuti perkembangan semasa pasukan.

“Dalam kempen di London juga pasukan telah membuktikan keupayaan apabila berjaya melangkah ke separuh akhir selain sudah menewaskan gergasi Asia, India sebanyak dua kali pada tahun ini.

“Pasukan hoki negara bukan berada di tahap Asia Tenggara atau Asia tetapi pasukan dunia semakin gentar dengan ancaman pasukan kita dan hanya mereka yang mengikuti perkembangan hoki sahaja tahu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Subahan mengulas kenyataan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi yang memberitahu peluang skuad hoki negara untuk berada dalam Program Podium bergantung kepada keputusan kempen Piala Dunia 2018 di India walaupun layak secara merit ke dalam kejohanan berprestij itu.

Semalam, Abdul Azim memberitahu pemilihan bagi Program Podium bakal menjadi lebih ketat dengan keutamaan diberikan kepada atlet atau pasukan yang berpotensi menyumbang tempat ke-10 terbaik dalam kedudukan pungutan pingat Sukan Asia dan Komanwel.

Abdul Azim turut menegaskan bahawa pencapaian bertaraf sederhana, rasa simpati dan campur tangan politik dalam semua sukan tidak lagi akan mempengaruhi pemilihan atlet atau pasukan ke dalam Program Podium.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain