Dalam perlawanan lewat malam semalam, Haziq menjaringkan gol pada minit ke-31, ke-38 dan ke-66 manakala dua jaringan skuad Negeri Sembilan diraih menerusi bekas pemain remaja kebangsaan, Kavin Kartic sewaktu minit ke-47 dan Mohd. Ismadi Alis ketika minit ke-60.

Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan Johor berjaya mengikat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 4-4. - UTUSAN ONLINE