Malaysia Tigers akan menentang Jepun dalam perlawanan akhir, malam ini dan ia adalah peluang terbaik buat skuad kebangsaan menempah slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo terutama selepas gergasi Asia lain seperti India, Pakistan dan Korea Selatan gagal ke saingan akhir di Jakarta.

Kali terakhir skuad hoki negara beraksi dalam Sukan Olimpik ialah 18 tahun lalu di Sydney pada 2000 yang menyaksikan Malaysia menamatkan kempen di tempat ke-11 daripada 12 pasukan.

Hanya 12 pasukan akan beraksi dalam acara hoki sewaktu Sukan Olimpik 2020 dengan Jepun menjadi wakil Asia paling awal mengesahkan tempat ke temasya itu.

Kini, 11 slot menanti pasukan yang berjaya melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 yang disediakan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menerusi kuota untuk setiap benua dan kejohanan kelayakan Olimpik.

Lima slot automatik akan diberikan kepada setiap pasukan terbaik benua masing-masing yang berjaya menjuarai pertandingan seperti Sukan Asia 2018 bagi benua Asia, Sukan Pan Amerika 2019 (Amerika), Kejohanan Hoki Kebangsaan Eropah 2019 (Eropah), Piala Ocenia 2019 (Ocenia) dan Kejohanan Kelayakan Afrika 2019 (Afrika).

Sementara enam slot disediakan oleh FIH sebagai peluang kedua buat pasukan-pasukan yang gagal meraih kelayakan menjuarai kejohanan benua masing-masing iaitu menerusi Kejohanan Kelayakan Olimpik pada tahun depan.

Proses memburu kelayakan menerusi Kejohanan Kelayakan Olimpik tersebut dilihat lebih rumit kerana mengambil kira kedudukan ranking semasa dan kedudukan diraih dalam pertandingan yang bakal dianjurkan oleh FIH.

Sepuluh tahun lalu jika tuan rumah Sukan Olimpik meraih pingat emas Sukan Asia maka slot automatik ke temasya berkenaan akan diberikan kepada pasukan naib juara perlawanan akhir hoki tetapi kini format telah berubah.

Seandainya pada malam ini Malaysia memberi peluang kepada Jepun meraih kemenangan, maka slot istimewa milik tuan rumah berkenaan akan dibawa ke saingan Kejohanan Kelayakan Olimpik dan skuad kebangsaan harus merebutnya bersama negara lain yang memburu tempat ke Tokyo.

Juara hoki Sukan Asia 2018 bukan sahaja meraih slot automatik ke Sukan Olimpik 2020 malah menawarkan mata ranking amat tinggi untuk memperbaiki kedudukan ranking FIH.

TIADA istilah layak automatik buat skuad hoki kebangsaan ke Sukan Olimpik 2020 selagi belum memenangi pingat emas Sukan Asia 2018 biarpun Jepun telah menempah slot temasya berprestij itu selaku tuan rumah.

Malaysia Tigers akan menentang Jepun dalam perlawanan akhir, malam ini dan ia adalah peluang terbaik buat skuad kebangsaan menempah slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo terutama selepas gergasi Asia lain seperti India, Pakistan dan Korea Selatan gagal ke saingan akhir di Jakarta.

Kali terakhir skuad hoki negara beraksi dalam Sukan Olimpik ialah 18 tahun lalu di Sydney pada 2000 yang menyaksikan Malaysia menamatkan kempen di tempat ke-11 daripada 12 pasukan.

Hanya 12 pasukan akan beraksi dalam acara hoki sewaktu Sukan Olimpik 2020 dengan Jepun menjadi wakil Asia paling awal mengesahkan tempat ke temasya itu.

Kini, 11 slot menanti pasukan yang berjaya melepasi kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 yang disediakan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menerusi kuota untuk setiap benua dan kejohanan kelayakan Olimpik.

Lima slot automatik akan diberikan kepada setiap pasukan terbaik benua masing-masing yang berjaya menjuarai pertandingan seperti Sukan Asia 2018 bagi benua Asia, Sukan Pan Amerika 2019 (Amerika), Kejohanan Hoki Kebangsaan Eropah 2019 (Eropah), Piala Ocenia 2019 (Ocenia) dan Kejohanan Kelayakan Afrika 2019 (Afrika).

Sementara enam slot disediakan oleh FIH sebagai peluang kedua buat pasukan-pasukan yang gagal meraih kelayakan menjuarai kejohanan benua masing-masing iaitu menerusi Kejohanan Kelayakan Olimpik pada tahun depan.

Proses memburu kelayakan menerusi Kejohanan Kelayakan Olimpik tersebut dilihat lebih rumit kerana mengambil kira kedudukan ranking semasa dan kedudukan diraih dalam pertandingan yang bakal dianjurkan oleh FIH.

Sepuluh tahun lalu jika tuan rumah Sukan Olimpik meraih pingat emas Sukan Asia maka slot automatik ke temasya berkenaan akan diberikan kepada pasukan naib juara perlawanan akhir hoki tetapi kini format telah berubah.

Seandainya pada malam ini Malaysia memberi peluang kepada Jepun meraih kemenangan maka slot istimewa milik tuan rumah berkenaan akan dibawa ke saingan Kejohanan Kelayakan Olimpik dan skuad kebangsaan harus merebutnya bersama negara lain yang memburu tempat ke Tokyo.

Info grafik
Sukan Olimpik 2020
12 slot pasukan akan mengambil bahagian
- Jepun telah layak selaku tuan rumah

Proses kelayakan
1. Kejohanan peringkat benua (5 slot)
2. Kejohanan Kelayakan FIH (6 slot)

Status Malaysian Tigers jika menang Sukan Asia 2018
- Raih slot automatik ke Sukan Olimpik 2020
- Mempunyai banyak masa mempersiapkan pasukan ke Sukan Olimpik 2020

Status Malaysian Tigers jika meraih pingat perak Sukan Asia 2018
- Slot automatik diraih Jepun akan di berikan kepada Kejohanan Kelayakan FIH dan 
daripada enam kuota menjadi tujuh. 
- Malaysia perlu beraksi dalam Kejohanan Kelayakan FIH
- Perlu meraih kedudukan positif dalam kejohanan kelayakan berkenaan.
- Pasukan yang mempunyai kedudukan ranking terbaik dalam kalangan pasukan 
Kejohanan Kelayakan FIH mempunyai peluang cerah layak ke Sukan Olimpik 2020.
- Perlu menunggu pengumuman akhir FIH