Antara nama besar yang bakal menggegar liga hoki tempatan musim depan adalah dua tonggak yang membantu Belanda muncul naib juara Piala Dunia 2018, ­Robert Kemperman (pertahanan) dan Valentin Verga (tengah).

Empat lagi ialah penjaga gol Ireland, David Harte, dua pemain Australia, Timothy Deavin dan Keiren Govers serta bekas pemain Belanda, Martijn Havenga.

“UniKL akan cuba mempertahankan kejuaraan Piala TNB, selain menyasarkan untuk meraih keputusan terbaik dalam liga utama.

“Dengan adanya stadium baharu iaitu Stadium Hoki Tengku Abdullah di Bangi sudah tentu akan menaikkan lagi semangat pemain.

“Malah, kemasukan beberapa nama besar yang memiliki pengalaman antarabangsa menguatkan semangat UniKL untuk memburu seberapa banyak trofi musim 2019,” kata pembantu pe­ngurus UniKL, Saiful Azhar Mohd. Afandi.

Saingan liga akan bermula dengan perebutan Piala Sumbangsih di antara Pasukan Hoki Terengganu (THT) menentang UniKL pada 11 Januari ini, sebelum berakhir pada 3 Mac.

Selain muncul juara Piala TNB, UniKL menamatkan kempen 2018 dengan menduduki tangga keempat dalam sai­ngan Liga Malaysia yang dimenangi oleh THT.