Kejohanan yang akan menjadi medan awal kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 itu akan berlangsung pada 26 April hingga 4 Mei ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kata Subahan, kejohanan Siri Akhir Hoki Dunia FIH itu amat penting buat pasukan negara dan ia juga adalah peluang terbaik ke Sukan Olimpik buat pemain.

“Pemain yang bakal bersara pastinya mahu menamatkan karier selepas aksi kejohanan seperti Sukan Olimpik dan ia adalah impian buat semua pemain.

“Dari sudut pengurusan kami telah memberikan yang terbaik buat pasukan termasuklah pembayaran elaun yang tidak tertunggak.

“Apa yang kami janjikan semua ditunaikan dan kini tiba giliran pemain membalas jasa kami,” kata Subahan.

Dalam kejohanan Siri Akhir Hoki Dunia FIH di Kuala Lumpur, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama China, Brazil dan Itali manakala Kumpulan A terdiri daripada Austria, Belarus, Kanada dan Wales.

Malaysia harus menamatkan aksi sekurang-kurangnya dalam kedudukan dua terbaik keseluruhan andai mahu meraih peluang terbaik ke Sukan Olimpik 2020.- UTUSAN ONLINE