Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka itu termasuklah pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Hafifi Mansor; pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast dan Mohamad Fazrul Azrie Mohdad.

Turut digantung tiga atlet pelapis iaitu Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhamad Zaidi Mohd. Nordin dan Ronny Jesus.

“Atlet tersebut digantung dan dilarang menyertai mana-mana aktiviti dan kejohanan selama tempoh penggantungan.

“Mereka juga telah menjalani sesi pendengaran dalaman untuk mempertahan dan membela diri sebelum keputusan ini diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Disiplin PABM dan dibawa dalam Mesyuarat EXCO PABM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.-UTUSAN ONLINE