Beraksi dengan pita terapeutik (rawatan sakit) ditampal di belakang badan, selain mengalami ketegangan leher, bintang Amerika Syarikat (AS) yang juga pemilik 14 kejuaraan utama itu melengkapkan pusingan pembukaan dengan catatan par 71.

Woods, 43, mengakui, keadaan lehernya sedikit menganggu, namun apa yang lebih menyakitkan adalah kegagalan melakukan catatan lebih baik di Lapangan Golf Carnoustie.

“Saya hanya beraksi mengikut keadaan. Kalau angin membenarkan saya bermain agresif, sudah tentu saya akan lebih agresif tetapi hari ini ia tidak membolehkan saya bermain begitu.

“Mungkin orang sukar memahami situasi ini, tetapi inilah ‘sifat’ lapangan di sini.

“Jadi, mengambil kira semua kesukaran, selain masalah ketegangan yang dialami saya gembira dengan catatan saya,” kata Woods, yang juga juara Terbuka Britain 2000, 2005 serta 2006.

Rakan senegara Woods, Kisner mendahului saingan dengan catatan lima bawah par 66.

Dia meninggalkan tiga pemain di belakang - Erik van Rooyen (Afrika Selatan), Tony Finau (AS) dan Zander Lombard (AS). – AGENSI