Padang 27 lubang yang menakjubkan ini hasil cetusan idea dan penambahbaikan arkitek dari Australia, Ross C Watson. Ia pasti menguji kemampuan pemain untuk mencipta pukulan terbaik sama ada birdie atau par kerana ketiga-tiga lapangan tersebut mempunyai cabaran yang tersendiri.

Dengan hamparan rumput bermuda di fairway dan green, lapangan Palm, Rocky dan Crocodile ini bakal menyemat memori pahit manis kepada pemain terutama sekali di lapangan Crocodile kerana anda akan dapat melihat beberapa ekor buaya di dalam kolam yang terletak bersebelahan green di lubang tujuh par empat.

Jika pertama kali bermain di A Famosa, anda disarankan lebih kepada golf management daripada pukul bola mengikut ‘cita-cita tinggi’ terutama bagi mereka yang pukulannya jauh. Ini kerana jika pukulan deras dan jauh itu tersasar, pasti bola akan masuk ke dalam kolam, ob atau hazard.

Menurut Pengurus Operasi Kelab Golf A Famosa, Jimmy Tan Chin Yap, memang lapangan Palm, Rocky dan Crocodile menjadi pilihan ramai pemain kerana ketiga-tiganya menjadi lokasi penganjuran kejohanan antaranya Malaysia Amateur Open, Melaka Amateur Open dan banyak lagi.

“Kita mempunyai tiga padang golf yang baik dan cantik. Kita juga mempunyai kemudahan penginapan hotel dan apartment. Selain itu, kita juga mempunyai pelbagai kemudahan lain termasuk premium outlet, tempat-tempat hiburan seperti taman tema, water world dan safari sebelah malam.

“Kita juga mempunyai tempat untuk syarikat-syarikat kerajaan mahupun swasta menjalankan aktiviti seperti team building, hari keluarga dan pelbagai lagi. Dengan kata lain, jika anda menginap di A Famosa, anda tidak perlu lagi ke mana- mana kerana di sini segalanya ada,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Jimmy, setiap bulan ribuan orang datang bermain golf di sini kebanyakannya dari Singapura dan Johor selain dari Kuala Lumpur serta lain-lain negeri.

Katanya, pemain dari Korea juga ramai yang datang bermain di A Famosa terutama pada bulan Disember hingga Februari.

“Ramai antara mereka datang bersama isteri dan anak-anak, sambil bercuti dan bermain golf di semua lapangan. Ketika ibu dan bapa mereka bermain golf, anak-anak mereka boleh berenang di kolam atau bermain sukan-sukan lain yang terdapat di sini.

“Inilah kelebihan di A Famosa kerana semuanya lengkap. Anda tidak perlu ke tempat lain. Malah jika anda dari Kuala Lumpur, hanya mengambil masa hampir dua jam sahaja untuk sampai di sini,” katanya.

Menurut Jimmy, A Famosa juga turut menyediakan pelbagai jenis masakan kepada pengunjung yang datang sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Katanya, semua menu makanan akan dimasak oleh chef berpengalaman baik bagi penyediaan hidangan ala kampung, Cina atau Barat pada harga yang berpatutan.

“Sempena Ramadan tidak lama lagi, A Famosa juga turut menyediakan bufet Ramadan dengan pelbagai jenis hidangan masakan bermula 6 Mei hingga 4 Jun 2019,” katanya.

Dalam pada itu, Jimmy juga turut mengumumkan berita baik untuk pemain-pemain golf iaitu pihak A Famosa akan memberi harga istimewa iaitu hanya bayaran buggy sahaja dikenakan dengan syarat setiap pemain perlu membawa keratan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan rebiu golf A Famosa ini kepada Kelab Golf A Famosa.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi +606-5520888 atau +6019-6003595/+6019-6003498 atau e-mel kepada [email protected] atau layari laman sesawang www.afamosa.com.

HARGA GOLF

A FAMOSA 2019

Hari Biasa (pagi/petang) RM138.00 nett.

Hari Minggu dan

Cuti Umum

RM178.00 nett (pagi)

RM138.00 nett (petang)

* Semua pakej termasuk compulsory kedi atau satu tiub bola golf berharga RM25.00 nett.

PAKEJ PENGINAPAN DAN GOLF

Isnin-Khamis

Seorang RM298.00

Berdua RM199.00

Jumaat-Ahad/Cuti Umum

Seorang RM398.00

Berdua RM299.00

A FAMOSA IFTAR RAMADAN

6 Mei - 4 Jun 2019

Promosi Awal (Pembelian sebelum 10 Mei 2019)

RM60 (Dewasa)

RM45 (Kanak-kanak/Warga Emas)

Harga Biasa (Walk in)

RM77 (Dewasa)

RM55 (Kanak-kanak)

Pakej Penginapan

RM60 seorang untuk satu malam (bilik berdua) termasuk sahur.