Prom yang juga juara dua kali Jelajah Asia beraksi di bawah jemputan penaja ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu pada aksi terakhir.

Dia berjaya bangkit merebut kejuaraan dengan tujuh birdie di lubang dua, enam, tujuh, 10, 11, 12 dan 15 dan kehilangan satu pukulan di lubang ke-16 di kejohanan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) bernilai AS$75,000 (RM309,975) itu.

Prom meraih keputusan 260 pukulan, 20 di bawah par bagi mengheret Sekito untuk aksi playoff di The Empire Hotel and Country Club.

“Saya melakukan birdie di lubang ke-15 dan saya tidak jangka akan melakukan birdie di lubang ke-16. Naoki kemudian meraih birdie di dua lubang terakhir.

“Saya gembira kerana berjaya menang dalam aksi playoff di lubang ketiga. Ini adalah pertarungan sengit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiadaan Kiradech Aphibarnrat yang menarik diri akibat kecederaan lutut menyaksikan Prom berjaya membawa pulang kejuaraan selain enam mata ranking dunia.-UTUSAN ONLINE