Berdasarkan keputusan daripada laman web rasmi Master 2019, http://www.augusta.com/masters/leaderboard menyaksikan dua pemain dari Amerika Syarikat itu masing-masing mencatat enam di bawah par 66 pukulan.

Dalam aksi hari pertama kejohanan menyaksikan pemenang tiga kali kejohanan utama, Koepka berjaya melakukan enam birdie tanpa mencatat sebarang bogey berbanding DeChambeau yang memperoleh tiga bogey biarpun telah mencatat sembilan birdie.

Sementara itu, juara tiga kali Master, Phil Mickelson, 48 tahun berada di kedudukan ketiga selepas mencatat lima di bawah par 67 pukulan.

Ian Poulter dari England menjadi wakil Eropah yang cemerlang dalam pusingan pertama apabila menamatkan aksi hari ini di kedudukan keempat dengan catatan empat di bawah par 68 pukulan.

Dalam pada itu, pemain Thailand, Kiradech Aphibarnrat mencatat keputusan terbaik dalam kalangan wakil Asia lain sewaktu pusingan pertama Master dengan catatan tiga di bawah par 69 pukulan untuk berada di kelompok enam terbaik. - UTUSAN ONLINE