Kejohanan yang dianjurkan oleh YSB itu disertai pemain kebanyakannya terdiri daripada penderma berjaya mengumpul dana sebanyak RM440,000 dan dana tersebut akan digunakan untuk menjayakan projek-projek kemasyarakatan khususnya bagi penduduk Negeri Kedah Darul Aman.

Pada tahun ini, YSB memfokuskan kepada projek-projek kesihatan komuniti seperti Pusat Hemodialisis, Unit Tabung Darah Bergerak serta Program Saringan Kesihatan Bergerak yang bakal menelan belanja RM1.5 juta.

Pada majlis santapan tengah hari, YSB turut menyumbang sebuah mesin imbasan katarak mata ‘fundus camera’ yang bernilai RM95,000.00 yang diberikan kepada Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah.

Pertandingan Golf Amal pada tahun ini mendapat penajaan utama daripada Million Ideas Construction Property Development & Maintanance, Yayasan Al Bukhari, MMC Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad, DRB Hicom dan lain-lain termasuk sumbangan perseorangan.

Berkenan berangkat menyertai pertandingan golf amal pada edisi kali ini ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; Che Puan Besar Kedah, Datuk Seri Utama Hajah Haminah Hamidun; Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Syafinaz Sultan Abdul Halim yang juga Pengerusi YSB dan beberapa tetamu kenamaan yang lain.